Penaklukan al-Rasyidin ke atas Mesir Penaklukan_Islam_di_Mesir

Tentera al-Rasyidin menyeberangi sempadan Mesir

Piramid Gizah.

Pada Disember 639, 'Amr ibn al-'As menuju ke mesir bersama kekuatan 4,000 orang tentera. Kebanyakan tentera daripada kabilah Arab 'Ak, walaupun Al-Kindi menyatakan bahawa sepertiga askarnya adalah kabilah Arab Ghafik. Tentera Arab turut disertai oleh beberapa tentera Rom dan Parsi yang telah memeluk Islam. Walau bagaimanapun, 'Umar, Khalifah Islam, mempertimbangkan semula arahan beliau kepada Amr, memikirkan adalah sukar untuk menakluk negara yang sebesar Mesir dengan kekuatan 4,000 orang tentera sahaja. Kemudian, beliau mengutus surat kepada 'Amr memerintahkannya untuk pulang.[2]

Pengutus surat, 'Uqbah ibn 'Amr, bertembung dengan Amr di Rafah, tidak berapa jauh dari sempadan Mesir. Amr dapat meneka isi kandungan surat tersebut, lalu 'Amr mengarahkan tenteranya untuk bergerak dengan lebih cepat. 'Amr berkata kepada 'Uqbah yang dia akan menerima surat khalifah daripadanya selepas tentera berhenti daripada perjalanan hari itu. 'Uqbah, yang tidak mengetahui isi kandungan surat tersebut, bersetuju dan bergerak bersama tentera tersebut. Tentera yang kemudiannya berhenti pada waktu malam di Shajratein, sebuah lembah kecil berhampiran bandar El Arish, yang 'Amr tahu terletak di dalam sempadan Mesir.[3] 'Amr kemudiannya menerima dan membaca surat 'Umar lalu berunding dengan sahabatnya tentang apa yang perlu dilakukan. Pendapat sebulat suara bersetuju memandangkan mereka menerima surat di tanah Mesir, mereka mempunyai kebenaran untuk mara.

Apabila 'Umar menerima surat balasa, beliau memutuskan untuk memerhati perkembangan lanjut dan mula menumpukan usaha kepada tentera baru di Madinah yang boleh dihantar ke Mesir sebagai bantuan tambahan. Semasa Aidil Adha, tentera Muslim mara dari Shajratein ke El Arish,[2] pekan kecil yang tidak mempunyai tentera garrison. Pekan itu tidak menentang, dan penduduknya menawarkan taat setia sebagai syarat biasa. Tentera Muslim meraikan hari raya Aidil Adha di sana.

Penaklukan Pelusium dan Belbeis

Pada penghujung Disember 639 atau awal Januari 640, tentera Muslim tiba di Pelusium, sebuah kota Rom Timur yang berkawal dan dianggap sebagai gerbang timur Mesir ketika itu. Tentera Muslim mengepung kota itu sehingga dua bulan. Pada Februari 640, kumpulan penyerang yang diketuai oleh panglima terkemukan Huzaifah ibn Wala telah berjaya menyerang dan menakluk buku dan kota tersebut.[4][5][6][7][8][9] Armanousa, anak perempuan Cyrus yang telah bertarung menentang Muslim di Pelusium dan ditawan, telah dihantar kepada bapanya di Kubu Babylon.[10]

Kekalahan disebabkan tentera Muslim telah dibantu oleh Badwi Sinai yang mengambil ikhtiar untuk menyertai mereka menakluk Mesir.[11] Badwi ini adalah dari kalangan kabilah Rashidah dan Lakhm[12] Mudahnya Pelusium jatuh ke tangan Arab Muslim dan kelemahan bantuan Byzantine untuk membantu bandar ketika kepungan berbulan lama itu sering dikaitkan dengan pengkhianatan gabenor Mesir, Cyrus, yang juga pengikut Melkite Patriark Iskandariah.[13][11]

Selepas kejatuhan Pelusium, tentera Muslims mara menuju ke Bilbeis, 40 batu dari Memphis melalui jalan gurun dan mengepungnya. Belbeis adalah tempat pertama di Mesir yang diberi perhatian dan penentangan oleh Byzantines terhadap penakluk Arab.Dua paderi Kristian yang diiringi Cyrus dari Iskandariah dan jeneral Rom ternama Aretion keluar untuk berunding dengan 'Amr ibn al-'As. Aretion sebelum itu ialah gabenor Byzantine di Jerusalem, dan telah lari ke Mesir apabila kota itu jatuh ke tangan Muslim. 'Amr memberi tiga pilihan: memeluk Islam, membayar Jizyah, atau menentang tentera Muslim. Mereka meminta tiga hari untuk menjawab, kemudian - seperti yang dinyatakan oleh al-Tabari - meminta dua hari lagi. Pada penghujung hari kelima, dua paderi dan jeneral itu memutuskan untuk menolak Islam dan Jzyah dan mereka akan menentang tentera Muslims. Mereka juga mengingkari pemerintah mereka, Cyrus, yang mahu menyerah diri dan membayar Jizyah. Cyrus kemudiannya pergi ke Kubu Babylon, manakala paderi dan Aretion tinggal untuk bertarung. Pertarungan tersebut menyebabkan kemenangan Muslim dan kematian Aretion. 'Amr ibn al-'As kemudiannya cuba meyakinkan pendudduk asal Mesir untuk membantu tentera Arab dan menyerahkan kota itu, berdasarkan hubungan antara Mesir dan Arab melalui Siti Hajar.[14] Apabila penduduk Mesir enggan, pengepungan Bilbeis diteruskan sehingga kota itu tewas selepas sebulan. Pada penghujung 640, bandar tersebut diserahkan kepada Muslim.[13] Dengan kejatuhan Belbeis, tentera Muslim hanya sehari sahaja jarak dari ke Delta.

Pengepungan Babylon

Peta menunjukkan laluan penakluman Muslim di Mesir.

Amr berpandangan yang penaklukan Mesir adalah suatu kemenangan mudah. Malah di kota kara Pelusium dan Bilbeis, tentera Muslim tidak begitu ditentang secara hebat. Penaklukan Pelusium berlaku selama dua bulan dan Bilbeis pula sebulan. Kedua-dua pertarungan adalah permulaan sebelum pengepungan Babylon, sebuah bandar yang lebih besar dan penting. Di sini, penentangan berskala besar amat dijangkakan.[15] Selepas kejatuhan Bilbeis, tentera Muslim mara ke Babylon, berhampiran Kaherah. Muslim tiba pada Mei 640.[16] Babylon merupakan bandar yang berkubu yang disediakan oleh Rom sekiranya dikepung. Di luar bandar pula, parit telah digali dan sepasukan tentera yang besar diletakkan di antara parit dan dinding kota. Tentera Muslim mengepung kota iru pada Mei 640. Kubu itu mempunyai struktur yang kukuh dengan 60 kaki tinggi dan 6 kaki tebal dan diletakkan bersama menara dan benteng. Tentera Muslim yang seramai sekitar 4,000 orang tidak berjaya menyerang kedudukan tentera Rom. Sumber Muslim meletakkan yang tentera Rom di Babylon lebih kurang 6 kali lebih kuat dari tentera Muslim. Untuk dua bulan seterusnya, pertarungan tidak membuahkan sebarang hasil dengan Byzantine mempunyai kelebihan dengan menahan setiap kali serangan tentera Muslim.[17]

Pada Mei 640 juga, 'Amr menghantar pasukan kecil untuk menjarah kota Fayoum. Byzantine sudah dapat mengagak perkara ini lalu menyediakan kawalan yang ketat di jalan menuju ke kota tersebut. Mereka juga memperkukuhkan garison di pekan Lahun yang berhampiran. Apabila tentera Arab Muslim menyedari yang Fayoum terlalu kuat untuk ditakluki, mereka menuju ke Gurun Barat, dan mengambil semua ternakan dan haiwan yang ada. Mereka kemudiannya menuju ke Oxyrhynchus (Per-Medjed), yang kemudiannya dikalahkan. Tentera Arab kemudiannya pulang ke Mesir Hilir di Sungai Nil.[18]

Pasukan Bantuan dari Madinah

Pada Julai, 'Amr menulis kepada 'Umar untuk memohon pasukan bantuan; tetapi sebelum surat tersebut tiba, khalifah telahpun menghantar pasukan bantuan yang pertama yang terdiri daripada 4000 kekuatan. Kebanyakan ahli pasukan tersebut terdiri daripada bekas tentera yang bertarung di Syrian. Walaupun dengan bantuan ini, 'Amr masih tidak berjaya. Pada Ogos 640, 'Umar mengumpulkan 4,000 lagi kekuatan yang terdiri daripada 4 ketumbukan yang setiap satunya terdiri daripada 1,000 tentera elit. Zubair ibn al-Awwam, pahlawan dan panglima yang tersohor, perajurit Perang Yarmuk dan pernah menjadi pengawal bergerak elit di bawah Khalid al-Walid, telah dilantik sebagai komander tertinggi tentera - 'Umar juga menawarkan Zubair ketua panglima dan gabenor Mesir tetapi beliau menolaknya. Komander ketumbukan termasuklah Miqdad bin Al-Aswad, Ubaidah ibn as-Samit, dan Kharijah ibn Huzaifah. Pasukan bantuan ini tiba di Babylon sekitar September 640. Kekuatan tentera Muslim kini meningkat kepada 12,000, kekuatan yang agak mencukupi untuk memulakan kembali serangan.[3]

Pertarungan Heliopolis

Sepuluh batu dari Babylon terletaknya Heliopolis.[19] Tentera Muslim tiba di Heliopolis pada bulan Julai 640.[20] Bandar ini merupakan bandar Kuil MAtahari Firaun, dan terkenal dengan tugu, monumennya yang gah dan institusi pembelajarannya.[21] Terdapat ancaman yang tentera dari Heliopolis mampu menyerang tentera Muslim dari sisi semasa mereka bertarung dengan Rom di Babylon. Dengan pasukan kecil, 'Amr dan Zubair mara menuju ke Heliopolis. Terdapat pertembungan pasukan berkuda di kawasan kejiranan Abbaseya kini. Pertembungan itu tidak menentu, walaupun hasilnya ialah penaklukan kubu yang terletak di antara kejiranan Abdyn dan Azbakeya kini. Tentera Byzantine yang berundur pergi ke Kubu Babylon atau kubu Nikiû.[22] Pada suatu kawasan yang tidak terjaga di dinding Heliopolis, Zubair dan beberapa tentera pilihannya mendaki dinding kota itu, dan menewaskan pengawal dan membuka pintu gerbang untuk pasukan Muslim memasuki kota itu. Heliopolis akhirnya tewas ke tangan Muslim. 'Amr dan Zubair kembali ke Babylon.

Penaklukan Fayoum dan Babylon

Apabila khabar tentang kejayaan Muslim di Heliopolis tiba di Fayoum, garison Byzantine di bawah arahan Domentianus meninggalkan kota tersebut dan melarikan diri ke Abuit. Dari Abuit, mereka lari ke Nil menuju ke Nikiu tanpa memaklumkan penduduk Fayoum dan Abuit yang mereka meninggalkan kota tersebut kepada musuh. Apabila maklumat tentang perkara ini sampai kepada 'Amr, dia mengarahkan tenteranya menyeberangi Nil dan menakluk Fayoum dan Abuit. Tentera Muslim menakluk keseluruhan wilayah Fayoum tanpa sebarang penentangan daripada Byzantine.[23]

Garison Byzantine di Babylon semakin berani berbanding sebelum itu dan mula mara menyeberangi parit, walaupun dengan kesukaran. Terdapat kebuntuan antara tentera dan Byzantine di Babylon, sehingga komander Muslim commander merencana strategi yang bijak dan menyebabkan kematian yang ramai dari kalangan tentera Byzantine apabila mereka mengelilingi tentera tersebut daripada tiga bahagian semasa mereka mara. Tentera Byzantine kemudiannya berundur kembali ke kubu, tetapi sudahpun terlalu lemah untuk melakukan sebarang serangan. Keadaan ini memaksa Byzantine berunding degan Muslim. Jeneral Byzantine Theodorus memindahkan markasnya ke Pulau Rauda, manakala Cyrus, yang dikenali sebagai Muqawqis dalam sejarah Islam, bersetuju untuk berunding dengan Muslim walaupun gagal membuahkan sebarang hasil. Utusan sering bertukar antara Theodorus dan 'Amr, menyebabkan 'Amr berjumpa sendiri dengan Theodorus. Selepas rundingan yang buntu, tentera Muslims bertindak pada 20 Disember. Ketika serangan waktu malam, sekumpulan pahlawan yang dipilih sendiri oleh Zubair berjaya memanjat dinding dan membunuh pengawal lalu membuka pintu gerbang kota. Maka, tentera Muslim dapat memasuki kota tersebut dan Kota Babylon berjaya ditakluki pada 21 Disember 640, dengan menggunakan taktik yang sama yang digunakan Khalid ibn Walid di Damsyik. Walau bagaimanapun, Theodorus dan tenteranya berjaya menyusup lari ke pulau Rauda pada malam itu.[24]

Penyerahan Thebaid (Tenggara Mesir)

Pada 22 Disember, Cyrus mengikat perjanjian dengan the Muslims.[25] Dengan termeterainya perjanjian itu, kedaulatan Islam ke atas seluruh Mesir, juga ke atas Thebaid, diiktiraf, rakyat Mesir pula bersetuju membayar Jizyah pada kadar 2 dinar bagi setiap lelaki dewasa.[26] Perjanjian tersebut tertakluk kepada persetujuan Maharaja Heraclius, tetapi Cyrus menetapkan yang walaupun Maharaja menolak perjanjian tersebut, beliau dan masyarakat Qibti yang beliau juga Ketua Paderinya akan tetap menghormati perjanjian tersebut, mengiktiraf kekuasaa Islam dan membayar Jizyah.[27] Cyrus menghantar laporan Heraclius dan memohon perkenannya bagi syarat perjanjian tersebut. Beliau juga memberikan alasan munasabah tentang penerimaan syarat perjanjian itu. 'Amr menyerahkan laporan terperinci kepada dan bertanyakan arahan yang seterusnya. Apabila 'Umar menerima laporan ini, beliau menulis kembali yang beliau bersetuju dengan syarat yang diberikan asalkan Heraclius bersetuju untuk menyerah kalah.[28] Beliau mahu sebaik sahaja maklum balas daripada Heraclius diketahui, beliau perlu dimaklukan segera supaya arahan seterusnya dapat dikeluarkan secepat mungkin.[29]

Heraclius bertindak balas dengan marahnya. Dia memecat Cyrus daripada sebarang kuasa di Mesir tetapi mengekalkannya sebagai Ketua Gereja Qibti: iaitu hal yang tidak boleh dicampuri Maharaja. Heraclius dengan tegasnya mengarahkan panglima besat tentera Byzantine di Mesir untuk menghalau tentera Muslim dari Mesir. Cyrus memaklumkan kepada 'Amr dan memberitahunya yang Heraclius menolak perjanjian Babylon. Dia juga memberi jaminan kepada 'Amr bahawa pengikut Qibti masih mengikuti perjanjian yang ada. 'Amr memaklumkan hal ini kepada 'Umar. 'Umar menginginkan, sebelum tentera Byzantine menambahkan kekuatannya, tentera Muslims perlu menyerang mereka dan menghalau mereka dari Iskandariah. Direkodkan juga Cyrus memohon tiga perkata daripada tentera Muslim, iaitu:

  1. Tidak mencabuli perjanjian dengan pengikut Qibti;
  2. Jika Byzantine memohon keamanan selepas penolakan perjanjian ini, jangan berdamai dengan mereka tetapi jadikan meraka tahanan dan hamba abdi; dan
  3. Jika saya mati, izinkan saya dikebumikan di Gereja St. John di Iskandariah.[3][30]

Kedudukan ini memberikan Muslim kelebihan memandangkan Qibti adalah penduduk asal Mesir dan[31] kedua-dua Byzantine and Muslim adalah pendatang asing. Walaupun sesetengah Qibti secara indicidunya menyokong Byzantine, secara keseluruhannya mereka bersama dengan orang Islam. Qibti tidak sepatutnya menentang Byzantine bagi pihak Muslim, tetapi mereka membantu tentera Muslim dalam bentuk penyediaan gudang, jalan dan jambatan serta sokongan moral.[32]

Berarak ke Iskandariah

Panggung teater Rom kuno di Iskandariah.

Panglima Byzantine mengetahui sasaran seterusnya bagi tentera Muslim ialah Iskandariah. Mereka turut bersedia untuk berhdapan dengan kepungan bandar. Strategi mereka adalah untuk menghalang tentera Muslim dari Iskandariah dengan menghancurkan kekuasaan mereka melalui kemaraan yang berterusan dan serangan dari kubu-kubu. Jika kaedah ini tidak menghalau mereka pergi, ia tetap akan melemahkan mereka secara emosi dan fizikal.[33] Pada Februari 641, 'Amr mara ke Iskandariah dari Babylon bersama tenteranya. Sepanjang perjalanan dari Babylon ke Iskandariah, Byzantine meletakkan rejimen askar untuk menangguhkan, dan kalau boleh mengalahkan terus tentera Muslim yang sedang mara itu.

Pada hari ketika kemaraan mereka dari Babylon, pengawal terhadapan Muslim bertembung dengan pecahan tentera Byzantine di Tarnut di tebing barat Sungai Nil.[34] Tentera Byzantine gagal untuk mengakibatkan kekalahah teruk tetapi mampu menangguhkan kemaraan buat satu hari. Panglima Muslim memutuskan untuk menghentikan tentera utama di Tarnut dan menghantar pasukan pengawal hadapan berkuda untuk membuka laluan daripada sebarangan pecahan tentera Byzantine. Ini dilakukan supaya tentera utama mampu tiba di Iskandariah tanpda sebarang kelewatan disebabkan tentangan tentera Byzantine di pertengahan jalan. Dua puluh batu dari Tarnut, serpihan tentera Byzantine yang lari dari Tarnut pada hari sebelumnya, menyertai pecahan yang sedia ada di Shareek untuk membentuk pasukan serangan yang lebih kuat. Mereka menyerang dan menghalang pasukan pengawal hadapan Muslim.

Pada hari berikutnya, sebelum tentera Byzantine meneruskan serangan untuk menghapuskan sama sekali pengawal hadapan tentera Muslim, tentera utama Muslim pun tiba, menyebabkan Byzantine untuk berundur. Pada ketika ini, panglima Muslim memutuskan untuk tidak menghantar lagi pengawal hadapan tetapi keseluruhan ketumbukan tentea akan bergerak bersama bermula keesokan harinya.

Tentera Muslim tiba di Sulteis dan bertembung sekali lagi dengan pecahan tentera Byzantine. Pertarungan sengit berlaku dan akhirnya mereka berundur ke Iskandariah. Tentera Muslim berhenti di Sulteis untuk sehari. Iskandariah hanya sejauh dua hari perjalanan sahaja dari Sulteis. Selepas seharian perjalanan, tentera Muslim tiba pula di Kirayun, dua belas batu dari Iskandariah. Di sini, tentera Muslim dihalang oleh pecahan tentera Byzantine seramaiu 20,000 orang. Strateg Byzantine adalah sama ada tentera Muslims dihalau sebelum mereka tiba di Iskandariah atau mereka menjadi selemah mungkin.[3] Keadaan ini bertahan selama sepuluh hari. Pada hari yang kesepuluh, tentera Muslim melancarkan serangan yang hebat. Tentera Byzantine dikalahkan dan mereka berundur ke Iskandariah. Jalan menuju ke Iskandariah kini lancar dan pasukan Muslim berarak dari Kirayun dan tiba di pinggir Iskandariah pada Mac 641.

Pengepungan Iskandariah dan Kejatuhan Mesir

Tentera Muslims mula mengepung Iskandariah pada Mac 641.[35] Bandar tersebut memiliki kubu yang hebat: terdapat dinding di dalam dindig, dan tembok di dalam tembok. Tiada sedikitpun kekurangan bekalan kewangan dan makanan di bandar itu. Malah, bandar itu mempunyai laluan terbuka ke laut, dan melalui laut itu bantuan dari Constantinople dalam bentuk ketenteraan dan bekalan boleh muncul bila-bila masa.

Semasa 'Amr menyelidik situasi ketenteraan itu, dia merasakan Iskandariah amat sukar untuk ditakluki.[36] Kerajaan Byzantine meletakkan pertaruhan yang tinggi kepada Iskandariah, dan mereka tekad dan bersedia untuk menentang tentera Muslim walau apapun. Mereka memasang manjinak atau pelontak katapel dan menghujani tentera Muslim dengan batuan yang besar. Ini menyebabkan kemusnahan di kalangan tentera Muslim dan 'Amr mengarahkan tenteranya kembali dari kedudukan untuk beranjak ke belakang agak berada di luar kawasan julat lontaran. Bermulalah pertarungan naik turun.[3] Apabila tentera Muslim cuba untuk menghampiri bandar, mereka dilontar dengan batu. Apabila tentera Byzantine mara dari kubu, mereka dihentam semula oleh tentera Muslim.

Dikhabarkan maharaja Byzantine, Heraclius, mengumpulkan tentera yang ramai di Constantinople. Dia mahu mengetuai sendiri kemaraan tentera ini ke Iskandariah. Tetapi sebelum dia menyelesaikan rancangannya itu, dia mangkat. Pasukan yang berkumpul di Constantinople pun bersurai dan akhirnya tiada bantuan yang hadir di Iskandariah. Hal ini mematahkan semangat tentera Byzantine. Pengepungan itu bertahan sehingga enam bulan dan di Madinah, 'Umar tidak mahu lagi menunggu. Dalam surat yang dikirim ke 'Amr, khalifah menyuatakan kebimbangannya tentang kelewatan yang lampau untuk menakluki Mesir. Beliau mengarahkan 'Ubaidah menjadi panglima yang baharu, dan dia perlu melancarkan serangan terhadap kubu Iskandariah.

Serangan 'Ubaidah berjaya dan Iskandariah ditakluk oleh tentera Muslim pada September 641. Ribuan askar Byzantine dibunuh atau ditangkap manakala yang lai melarikan diri ke Constantinople menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan. Terdapat juga bebebrapa pedagang kaya turut melarikan diri.[37]

Bagi pihak rakyat Mesir, Cyrus meminta keamanan dan permintaannya ditunaikan. Selepas penaklukan Mesir, 'Amr dilaporkan telah menulis kepada Khalifah 'Umar:

Kami telah menakluki Iskandariah. DI bandar ini terdapat 4,000 istana, 400 tempat hiburan, dan kekayaan yang tidak terungkap.

Kehilangan Mesir bermakna kehilangan duit dan makanan yang banyak bagi Empayar Rom Timur. Kekalahan Mesir dan Syria, yang seterusnya bakal diikuti dengan penaklukan Afrika yang bermakna Mediterranean, yang lama dianggapp sebagai "tasik Rom", kini disaingi oleh dua kuasa besar, Kekhalifahan Islam dan Empayar Byzantine. Peristiwa ini, Empayar Byzantine, walaupun diuji teruk, mereka masih lagi menguasai Anatolia, manakala tembok Constantinople mampu menyelamatkan mereka dari dua kali pengepungan hebat oleh Arab, daripada memiliki nasib yang sama dengan Empayar Parsi.[38]

Cubaan dibuat pada tahun 645 untuk menguasai kembali Iskandariah oleg Empayar Byzantine, tetapi dikuasai semula oleh 'Amr pada 646. Pada tahun 654, armada penaklukan dihantar oleh Constans II telah berjaya dihalang. Bemula sejak itu, tiada lagi usaha bersungguh-sungguh untuk menguasai kembali negara itu.